Saturday, 2 May 2015

Parameswara (Sultan)

Parameswara (1344-1414[1] ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. [2]Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini.[nota 1][3] Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.


Parameswara
Sultan Melaka Pertama, Raja Temasek ke 4
ParameswaraPortrait.jpg
Pemerintahan Kesultanan Melaka: c. 1400-1414
Gelaran Putera Sriwijaya
Dikebumikan Tanjung Tuan
Pendahulu Paduka Seri Rana Wira Kerma, Raja Temasek.
Kesultanan Melayu Melaka
Pengganti Megat Iskandar Shah
Pasangan Puteri Ratna
Kerabat diraja Kerabat Diraja Melaka, Sriwijaya
Dinasti Kesultanan Melayu Melaka
Ayahanda         Paduka Seri Rana Wira Kerma







 Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.[4]
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).[5]
Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.[6]


Mendirikan Kesultanan Melaka

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.[7][8]

Pengislaman

Parameswara yang menjadi Raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat, India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414. Baginda Parameswara kemudian memakai gelaran Raja Iskandar Shah.
Tanggapan umum yang menganggap bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama sebenarnya salah. Kajian telah menunjukkan[nyatakan menurut siapa?] bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414 (tahun sama tatkala memeluk Islam). Manakala, menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah pula memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. [1]
Kerajaan Islam di Melaka ini dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di sekitar Semenanjung Tanah Melayu. Parameswara (Raja Iskandar Syah) dalam usahanya mengembangkan agama Islam di Kesultanan Melaka, baginda mungkin telah dibantu oleh iparnya Pengeran Malik Abdul Aziz Syah[perlu rujukan], yang dikatakan oleh Aristided Marre[perlu rujukan] sebagai orang yang mengislamkan Raja Melaka.
Apabila raja telah memilih Islam, keseluruhan rakyat Melaka juga memeluk agama Islam. Mulai tahun 1414 Masihi, Melaka menjadi sebuah negara Islam. Kedudukan politiknya menjadi kuat dengan adanya hubungan antara Istana Melaka dan Istana Perlak.
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun. Di samping itu , Melaka menjadi pusat gerakan Dakwah Islamiah bukan sahaja untuk Tanah Melayu tetapi juga untuk Gugusan Kepualauan Melayu seluruhnya.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang beragama Islam. Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma bermaksud Mahmud. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446- 1459 M). Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.

























20 comments:

  1. Replies
    1. Boleh puan nyatakan apa yang tidak lengkap? Terima kasih.

      Delete
  2. I have been working on 🕗 and am now back from the UK for the last day and so now I have to wait for the last one 1⃣ so I will be back tomorrow morning and the first thing I want to do is complete the forms as they will not be able to

    ReplyDelete
  3. Tak.dah cukup cuma salur galur raja iskandar syah bertahta Di mana waktu ini terima Masih.. hi

    ReplyDelete
  4. Sangat membantu dalam pelajaran saya 😄

    ReplyDelete
  5. saya sangat memberi manfaat kepada saya dan orang diluar sana

    ReplyDelete
  6. Tolong sekat dari orang INGGERIS baca blog ini! mereka mahu putar belit sejarah! Tuan blog ini tolong Jangan berberi mereka baca... Dulu Tun Sri Lanang yg jadi tali barut portugis.. Kini Zaman dah canggih lebih mudah mereka nk curi maklumat... Saya syorkan tuan untuk membuat buku daripada bocorkan identiti di tempat umum!

    ReplyDelete
  7. Tq untuk maklumat panjang ini

    ReplyDelete
  8. Salam, sang nila utama yg bunuh temagi @ parameswara yg bunuh temagi?

    ReplyDelete
  9. Salam, sultan Makhdum Alaidin Malik Muhammad Amin Syah II, merupakan pemerintah kesultan Perlak dari tahun 1230-1267 M. Jika parameswara berkahwin dgn puteri baginda benarlah tarikh pembukaan Melaka 1262 Dan parameswara dengan Raja singapura adalah individu yg berlainan.

    ReplyDelete
  10. Maksudnya parameswara Dan raja terakhir singapura yg berbendaharakan sang arjuna tapa itu adalah individu yg berlainan.

    ReplyDelete